JIKA hendak melancong perkara pertama difikirkan adalah destinasi pelancongan yang menarik dan pastinya bersih.

Namun, tahukah anda bahawa empat buah bandar ini merupakan yang paling tercemar dan kotor serta menyebabkan penduduknya menghadapi pelbagai masalah kesihatan.

Mungkin anda boleh tukar perancangan sekiranya ingin melawat ke bandar-bandar tersebut:

1. Delhi (India)

Kebanyakan bandar di India mengalami masalah yang sama iaitu dari segi kebersihan. Dengan kadar populasi yang tinggi iaitu lebih daripada 1.3 billion penduduk, tidak mustahil bagi negara ini tersenarai sebagai negara dengan bandar paling kotor di dunia. India juga mengalami masalah pencemaran udara dan air yang menyebabkan penduduknya terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan. Namun, kerajaan India sedang giat mencari jalan penyelesaian bagi masalah tersebut.

2. Port au Prince (Haiti)

Port au Prince ialah ibu negara dan merupakan bandar terbesar di Haiti. Bandar ini juga terletak di Teluk La Gonave. Antara sebab mengapa bandar ini berdepan dengan pelbagai masalah pencemaran dan kesihatan adalah kerana ia juga terkenal sebagai pusat dagangan dan perniagaan. Selain itu, penduduk di sana juga berpendapat kegagalan kerajaan menguatkuasakan undang-undang antara punca negara ini tercemar.

3. Luanda (Angola)

Walaupun digelar sebagai bandar termahal di dunia, pasti anda tidak tahu bahawa penduduk di sana hanya mendapat bekalan air kotor untuk di minum dan tidak bagus demi tubuh badan mereka. Menurut sumber, negara ini sedang giat menjalankan proses pemulihan daripada bakteria cholera yang nelanda Angole pada 2016.

4. Dhaka (Bangladesh)

Dhaka terletak di Buriganga dan merupakan ibu kota Bangladesh. Dhaka juga terkenal sebagai  pusat perindustrian, perniagaan dan pentadbiran. Dengan populasi sebanyak 15 juta penduduk, bandar ini kini mengalami masalah penduduk yang padat. Keadaan itu juga telah menyebabkan tercetusnya masalah pencemaran air dan udara.