Mogok jururawat terbesar dalam sejarah susulan rundingan kontrak gagal
NEW YORK - Seramai kira-kira 15,000 jururawat melancarkan mogok pada Isnin selepas kesatuan mereka dan pihak hospital gagal mencapai kemajuan dalam rundingan kontrak.
Ia sekali gus menandakan mogok jururawat terbesar dalam sejarah New York City, lapor Xinhua yang memetik media tempatan.
Persatuan Jururawat Negeri New York berkata, jururawat dari lima hospital yang dikendalikan secara swasta meninggalkan tugas, menuduh hospital berkenaan enggan 'memeterai kontrak adil yang merangkumi nisbah staf selamat yang boleh dikuatkuasakan, jaminan manfaat penjagaan kesihatan untuk jururawat barisan hadapan dan perlindungan daripada keganasan di tempat kerja'.
Gabenor New York, Kathy Hochul mengisytiharkan darurat pada Jumaat, menjelang mogok tersebut kerana ia berlaku ketika musim selesema yang teruk dan berpotensi menjejaskan operasi hospital. - Bernama-Xinhua
Ringkasan AI
- Seramai kira-kira 15,000 jururawat di New York melancarkan mogok
- Ini merupakan mogok jururawat terbesar dalam sejarah New York City
- Jururawat dari lima hospital swasta meninggalkan tugas atas tuduhan hospital enggan memeterai kontrak adil
- Kontrak yang diminta termasuk nisbah staf selamat, manfaat penjagaan kesihatan, dan perlindungan daripada keganasan tempat kerja
- Gabenor New York, Kathy Hochul mengisytiharkan darurat menjelang mogok tersebut kerana musim selesema yang teruk
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
