KEMAMAN - Seorang pemandu maut setelah keretanya merempuh lembu di Kilometer 303, Lebuhraya Pantai Timur Fasa Dua (LPT2) berhampiran susur keluar plaza Tol Kijal malam ini.
   
Mangsa Wan Ahmad Shukry Che Mohd Salleh, 32, meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di tempat duduk pemandu dalam kemalangan kira-kira 8.45 malam itu.
   
Mangsa yang berasal dari Wakaf Baharu, Kelantan dipercayai dalam perjalanan dari tempat kerjanya di Kawasan Perindustrian Paka menuju Kuantan.
   
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam meminta pemandu berhati-hati melalui kawasan itu kerana banyak lembu berkeliaran. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TANJONG KARANG - Jenazah empat sekeluarga yang maut dalam kemalangan di kilometer 43 Jalan Klang - Teluk Intan, berhampiran Taman Air Manis, Sabak Bernam, selamat dikebumikan dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Lorong 7, Parit 1, Sungai Sireh, Tanjong Karang.
  • HULU SELANGOR - Dua maut termasuk seorang warganegara Indondesia selepas motosikal ditunggang terbabas di Kilometer Kilometer 427.8 Lebuh Utara Selatan (arah Utara), kira-kira jam 3 petang tadi.
  • KOTA TINGGI - Dua maut selepas kenderaan Nissan Latio dinaiki hilang kawalan KM 30 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi berhampiran Bandar Penawar petang tadi.
  • MELAKA TENGAH - erjalanan seorang pekerja kilang untuk bertemu rakan di sebuah kedai makan tidak kesampaian setelah maut apabila terlibat dalam kemalangan di Jalan Duyong-Bukit Katil, malam tadi.
  • BATU PAHAT - Dua beranak maut setelah kenderaan yang dinaiki terbabas dan terus terjunam ke dalam sungai, di KM4, Jalan Parit Karjo, di sini jam 12.15 tengah hari tadi.