KUALA TERENGGANU - Paras dua sungai di daerah Setiu kini melebihi paras bahaya manakala sebatang sungai di Besut melepasi paras amaran dan sebatang sungai di Hulu Terengganu melepasi paras berjaga-jaga berikutan hujan hari ini.

Jabatan Pengairan dan Saliran melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my menyatakan di Setiu, Sungai Nerus di Kampung Langkap mencatatkan bacaan 22.01 meter (m) berbanding paras bahaya 21.50m manakala Sungai Chalok di Jambatan Chalok mencatat bacaan 9.50m melepasi paras bahaya 8.40m.

Di Besut pula, Sungai Besut di Jambatan Keruak mencatat bacaan 34.11m yang melebihi paras amaran 34m.

Di Hulu Terengganu, Sungai Telemong di Kuala Ping merekodkan bacaan 19.18m melepasi paras berjaga-jaga 19m. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PETALING JAYA - Pengendali konsesi Lebuhraya Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) bersedia menghadapi bencana banjir di lebuh raya bawah seliaannya pada musim perayaan ini termasuk membentuk Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT).
  • KAMPAR - Seramai 136 penduduk Orang Asli di Kampung Sungai Gabes di sini, sudah dua hari terpaksa meredah air apabila jalan kampung runtuh.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.