Kelantan sedia naik gaji penjawat awam

MOHD NASSURUDDIN
MOHD NASSURUDDIN
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan sedia menaikkan gaji penjawat awam selaras dengan keputusan kerajaan Persekutuan bermula Disember ini.

Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, kerajaan negeri akan turut melaksanakan penyelarasan kenaikan gaji penjawat awam sepertimana dilakukan di peringkat Persekutuan.

"Kita akan ikut Persekutuan (kenaikan gaji penjawat awam) dan kita akan selaraskan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) di sini, pada Selasa.

Sinar Harian pada 1 Mei melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan skim gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus bermula 1 Disember tahun ini.

Beliau berkata, kadar itu tertinggi dan terbaik dalam sejarah negara.

"Pada tahun ini, saya nak umumkan kenaikan skim gaji penjawat awam melebihi 13 peratus.

"Ini kenaikan terbaik dalam sejarah,” katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Sambutan Hari Pekerja 2024 yang bertemakan ‘Pekerja Kesuma Bangsa’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!