TAIPING - Seorang lelaki maut selepas terjatuh  ke dalam mesin pembancuh kelapa sawit di sebuah kilang di Kampung Padang Gajah, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Yusof Mohd Diah berkata Suhaimi Mohamad Ariffin, 36, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada seluruh bahagian badan.

Dalam kejadian kira-kira 10.20 pagi itu, mangsa dipercayai tergelincir lalu terjatuh ke dalam mesin yang masih bergerak ketika mencuci mesin terbabit, katanya kepada pemberita, di sini.

Yusof berkata hanya mangsa berada di dalam kilang ketika itu dan kejadian disedari rakan sekerja mangsa yang berada di luar kilang selepas mendengar jeritannya.

Beliau berkata mayat mangsa dikeluarkan oleh pasukan jabatan bomba dan penyelamat yang digegaskan ke tempat kejadian selepas menerima laporan.      

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TAIPING - Seorang warga emas maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 228.3 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran susur keluar Tol Changkat Jering, di sini melibatkan tiga kenderaan.
  • TAIPING - Seramai 2,600 pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan terbabit dalam pemantauan Skim Kawalan Harga sempena Hari Raya Aidilfitri, bermula hari ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.