KUANTAN - Polis Kuantan tidak pernah mengeluarkan sebarang makluman kepada orang awam berhubung lelongan motosikal seperti disebarkan dalam media sosial, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, berita disebarkan itu palsu dan orang ramai tidak perlu mempercayainya.

Menurutnya, polis mengesan penyebaran maklumat palsu mengatakan lelongan motosikal akan diadakan di Balai Polis Kuantan pada 27 September ini bermula jam 8 pagi hingga 5.30 petang menerusi di laman sosial dan aplikasi, WhatApps.

“Ia adalah tak benar kerana pihak kita tak pernah mengeluarkan pemakluman sedemikian,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau meminta orang ramai menyemak kesahihan sesuatu berita yang diterima, sebelum menyebarkannya.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TAMPIN - Polis memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyebarkan berita palsu dari Facebook, WhatsApp serta khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa kejadian samun bersenjatakan pedang samurai dan pistol.
  • BATU PAHAT - “Apa yang ada di laman sosial tu, sebahagiannya tidak betul…mereka semua bantu saya. Jiran-jiran, ketua kampung malah pemimpin ada datang jenguk saya,” kata Nazarul Razali, 30.
  • ALOR SETAR - Masyarakat Kedah khususnya di Sungai Petani tidak perlu berasa bimbang berhubung tular melalui Whatsapp dan Facebook sejak kebelakangan ini kononnya tanah rizab kerajaan negeri akan dijual kepada pelabur asing yang disebut sebagai China.
  • IPOH - Umno Bahagian Gopeng menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap penyebar berita palsu di negara ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.