PULAU TIOMAN - Demi memberikan ketenangan dan keyakinan kepada calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), seorang murid ditugaskan melaungkan azan setiap pagi sebelum masuk ke dewan peperiksaan.

Laungan azan selepas bacaan doa dalam satu perhimpunan di hadapan guru-guru dan ibu bapa calon yang turut serta itu dilakukan oleh Ahmad Haris Ikhwan Hasmawi, 12, yang berasal dari Kampung Salang.

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Mohd Razali Abdul Samas, 42, berkata, amalan sepanjang tempoh UPSR itu mula dianjurkan pada tahun lalu dan diteruskan lagi pada tahun ini.

Menurutnya, semua calon akan berkumpul berhampiran dewan peperiksaan sambil guru berkenaan akan memberikan taklimat dan kata-kata semangat.

"Tahun ini calon UPSR bagi SK Tekek seramai 42 orang masing-masing 25 lelaki dan 17 perempuan manakala seramai empat murid disasarkan mendapat 6A.

"Bermula hari ini hingga Khamis, setiap pagi calon-calon akan berkumpul manakala seorang murid akan memimpin bacaan doa kemudian diikuti laungan azan, kita harap prestasi sekolah akan lebih meningkat tahun ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Razali berkata, pihak sekolah juga menggalakkan ibu bapa yang berkelapangan supaya berada di sekolah untuk memberi semangat kepada anak-anak mereka.

"Ibu bapa juga boleh melakukan solat sunat hajat atau membaca surah Yassin di surau sekolah sebagai ikhtiar terakhir agar calon-calon mendapat keputusan cemerlang nanti," katanya. 

 

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - “Walaupun tidak mencapai semua A dalam keputusan UPSR, saya sebagai bapa sudah cukup berbangga kerana ia adalah hasil usaha anak sulung saya sendiri. Saya hanya bagi sokongan,” kata seorang ahli perniagaan, Mohd Shahrul Azmi Sabuddin, 39.
  • KUALA TERENGGANU - Sekalipun tidak tinggal bersama kedua ibu bapanya sejak enam bulan lalu selepas ibunya berpindah ke Putrajaya, ia bukan halangan buat Tokoh Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman 1 untuk merangkul 6A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
  • PENDANG - Anak sulong daripada empat adik beradik yang ibu bapanya merupakan seorang petani tidak menyangka akan memperoleh keputusan 6A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan hari ini.
  • GONG BADAK - Kerajaan negeri melalui Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) akan melaksanakan program khas untuk bantu murid yang kurang cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
  • KUANTAN - Seorang murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Bungor di sini yang kisahnya terpaksa dijemput guru untuk menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mengaku pakaian seragam sekolah miliknya basah menyebabkan tidak hadir ke sekolah pagi, Isnin lalu.