MANCHIS - Mayat seorang lelaki warganegara Indonesia berusia 50-an ditemui dalam keadaan leher hampir putus dan perut hampir terburai, di Kilometer 40 Jalan Karak-Simpang Durian di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, sebelum penemuan mayat itu, kehadiran seorang lelaki kelihatan terhuyung-hayang di tengah jalan  sambil meracau dengan memegang kapak dan tukul besi dalam keadaan berdarah mengemparkan penduduk di dekat sini.

Menurutnya, orang awam yang menyaksikan kejadian melaporkan kepada polis kira-kira jam 3.40 petang sebelum beberapa anggota di kerah ke lokasi.

“Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Pelangai untuk menerima rawatan berikutan kesan kecederaan pada bahagian kepalanya.

"Ketika disoal siasat, lelaki itu kemudian mengulang-ulang perkataan sama iaitu sarang burung.

“Selepas itu, Ketua Balai Polis Manchis, Sub Inspektor Abas Sheck Dawood pergi ke tempat dinyatakan iaitu berhampiran tepi bangunan rumah sarang burung walit dan menemui mayat seorang lelaki berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohamad Mansor berkata, susulan penemuan mayat itu, polis menjalankan siasatan ke atas sebuah rumah kongsi berhampiran sebelum menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Indonesia berusia 25 hingga 43 tahun untuk membantu siasatan.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan tidak menolak kemungkinan berlaku perselisihan faham antara suspek dengan mangsa sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, kes tersebut diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA NERANG - Jeritan seorang warga emas meminta pertolongan menggagalkan cubaan samun dua lelaki bertopeng yang memecah masuk rumahnya di Kampung Bukit Nyamuk, Mukim Tualak di sini, hari ini.
  • FELDA TRIANG 3 - Seorang lelaki berusia 21 tahun yang ditemui mati di sebuah rumah di sini, kelmarin sempat menghantar pesanan mesej kepada ibunya untuk memohon maaf di atas segala kesalahannya.
  • SHAH ALAM - Seorang wanita warga Indonesia ditemui mati dengan kesan jerutan di leher, dipercayai dibunuh, di dalam sebuah bilik di Jalan Kem, Pelabuhan Klang, dekat sini petang semalam.
  • TANGKAK - Teka-teki kehilangan suaminya yang tidak pulang makan tengahari di rumah dan menjemput anak dari sekolah seperti kebiasaan terjawab apabila lelaki itu ditemui mati dalam sebuah bangsal di kebun kelapa sawit, di Sagil, di sini.
  • PASIR MAS - Seorang peniaga sate dan rakannya cedera ditetak dalam kejadian di Kampung Atas Pinggir, di sini petang semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.