'Semoga syurga tempatmu sahabat' - Dr Akmal

Tangkap layar video Dr Muhamad Akmal (kiri), Mohd Helmy (tengah bersama Allahyarham Mohd Irfan Faizal pada acara larian itu.
Tangkap layar video Dr Muhamad Akmal (kiri), Mohd Helmy (tengah bersama Allahyarham Mohd Irfan Faizal pada acara larian itu.
A
A
A

MELAKA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh turut tersentuh dengan pemergian seorang anggota tentera yang rebah selepas menyertai acara larian pada malam Sabtu lalu.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO, berkata, biarpun pertama kali bersua dengan bapa kepada lima orang cahaya mata itu, Allahyarham Mohd Irfan Faizal Ismail, 41, namun pemergiannya sangat dirasai jiwa.

"Al fatihah buat sahabat yang kali pertama berjumpa dan itulah juga untuk yang terakhir berjumpa.

"Walaupun hanya sebentar berkenalan, Moga syurga tempatmu sahabat," katanya dalam perkongsian melalui aplikasi TikTok.

Sinar Harian pada Ahad menyiarkan seorang anggota tentera rebah sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Melaka selepas menyertai Program Larian Bersama Bomba 2024 Malaysia Madani di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, di Banda Hilir.

Tangkap layar video Dr Muhamad Akmal (dua dari kiri) Allahyarham melalui aplikasi TikTok.
Tangkap layar video Dr Muhamad Akmal (dua dari kiri) Allahyarham melalui aplikasi TikTok.

Allahyarham meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital kira-kira jam 10.26 malam itu, sempat merakamkan gambar kenangan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd. Noor Helmy Abd.Halem sebelum acara larian bermula.

Dalam perkongsian itu, beliau turut memuat naik beberapa keping gambar dan video bersama Allahyarham ketika acara itu berlangsung.

Artikel Berkaitan:

Malah beliau dan Mohd Noor Helmy berkesempatan menyampaikan ucapan takziah kepada waris keluarga yang ditemui di Unit Forensik Hospital Melaka.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!