Muzium Hantu Melaka kekal jadi tarikan

Beberapa pengunjung tidak ketinggalan merakamkan gambar kenangan di bahagian Serigala Jadian dalam muzium itu.
Beberapa pengunjung tidak ketinggalan merakamkan gambar kenangan di bahagian Serigala Jadian dalam muzium itu.
A
A
A

MELAKA - Muzium Hantu Melaka yang terletak di Jalan Kampung Hulu, di sini, menyasarkan pertambahan pengunjung sebanyak 30 peratus sehingga akhir tahun ini.

Pengurus Besarnya, M Fitri Abdullah berkata, setakat ini muzium yang diwujudkan sejak Oktober 2019 menerima kedatangan seramai 50 hingga 60 pengunjung pada setiap hari.

Menurutnya, dengan promosi potongan harga tiket sebanyak RM5 bermula pada hari ini hingga hujung tahun dijangka dapat merealisasikan sasaran pertambahan jumlah pengunjung ke lokasi itu pada tahun ini.

Katanya, sekali gus memberi perangsang kepada pihaknya untuk mewujudkan 10 lagi muzium hantu di setiap negeri pada masa akan datang.

M Fitri
M Fitri

"Kewujudan Muzium Hantu Melaka bukanlah untuk menakutkan sesiapa namun inilah peluang pengunjung untuk berinteraksi dengan hantu.

"Sebenarnya tujuan kita bina muzium ini selain memberi pengetahuan jenis-jenis hantu yang biasa dimomokkan, adalah untuk mengurangkan rasa takut orang ramai dalam berdepan makhluk ghaib seperti itu," katanya ketika ditemui di Muzium Rumah Hantu, Jalan Kampung Hulu di sini, pada Isnin.

Tambahnya, lebih penting dapat mendidik masyarakat untuk menjauhi perkara syirik seperti menggunakan toyol atau khidmat bomoh yang disampaikan menerusi beberapa penceritaan hantu yang terdapat dalam muzium berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Muzium Hantu Melaka yang terletak di Jalan Kampung Hulu.
Muzium Hantu Melaka yang terletak di Jalan Kampung Hulu.

"Jadi setiap karakter hantu yang dipamerkan mempunyai penceritaan tersendiri dan kita sediakan pembacaan atau maklumat seperti nama hantu, kewujudannya sejak beberapa tahun lalu dan sebagainya.

"Apa yang kita harapkan muzium berusia lebih lima tahun ini terus menjadi tarikan di negeri ini selain Muzium Hantu di Pulau Pinang," katanya lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!