BANDAR JENGKA - Kakitangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini ikrar bebas rasuah dan salah guna kedudukan dengan terkini bersama Unit Integriti dan Suruhanjaya Penjegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Pahang, Mohamad Hussain berkata, Surat edaran Naib Canselor turut dikeluarkan kepada semua Ketua Jabatan, pusat, unit, fakulti dan kampus universiti tersebut mengenai arahan untuk memaklumkan kepada pembekal barangan atau perkhidmatan jika terdapat staf yang cuba untuk mendapatkan suapan supaya dimaklumkan pada peringkat Unit Integriti SPRM.

"Ikrar ini merupakan bukti bahawa organisasi telah mengambil langkah awal untuk mencegah kebarangkalian berlakunya rasuah dalam universiti. Ia akan menjadi peringatan kepada individu agar menjauhi rasuah serta sebagai jaminan pemimpin organisasi kepada warganya, pemegang taruh dan pelanggan untuk mencegah jenayah rasuah, katanya dalam taklimat Memerangi Rasuah Dalam Organisasi pada program Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Dewan Al Biruni UiTM Cawangan Pahang, baru-baru ini.

Beliau berkata, IBR merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Ketua Pensuruhjaya SPRM iaitu Datuk Dzulkifli Ahmad yang memberikan penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh para kepimpinan organisasi dan warganya secara sukarela atas kapasiti sebagai individu untuk menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah.

UiTM Cawangan Pahang merupakan IPT pertama di Pantai Timur dan Kampus Cawangan yang ke empat di peringkat sistem UiTM keseluruhan yang melaksanakan IBR.

Seramai 350 kakitangan secara sukarela hadir ke program IBR tersebut bagi mempamerkan sokongan masing-masing.

Hadir sama selaku perasmi ialah Timbalan Pengarah Operasi SPRM Pahang Muniem Ibrahim.
 

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ALOR SETAR - Dua lelaki dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 masing-masing oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah memberi suapan kepada anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dua tahun lepas.
  • KUANTAN - Tiga anggota polis berpangkat Konstabel dan Lans Koperal direman selama tujuh hari bermula semalam di mahkamah majistret, di sini untuk siasatan membabitkan kes rasuah.
  • KUANTAN - Seorang pekebun bunga kekwa di Cameron Highlands dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 di Mahkamah Sesyen Khas Kuantan, di sini, atas dakwaan memberi suapan kepada pegawai penguat kuasa Majlis Keselamatan Negara (MKN), dua tahun lalu.
  • IPOH - Jabatan Imigresen memberi amaran kepada pihak luar supaya tidak memberi rasuah kepada mana-mana pegawainya.
  • BAGAN DATUK - Semua pegawai dan kakitangan Lembaga Koko Malaysia (LKM) disarankan supaya saling mengingati sesama sendiri daripada terjebak dalam kesalahan rasuah.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.