KOTA BHARU - Keputusan PRK Dun Chempaka dijangka akan diumumkan pada jam 9.30 malam ini di Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Chepa.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, keputusan akan diumumkan pada sebelah malam itu bagi menghormati budaya masyarakat di negeri ini.

"Memandangkan ramai penduduk di sini akan solat berjemaah di masjid dan surau, maka keputusan akan diumumkan selepas selesai solat Isyak," katanya pada sidang media di Sekolah Menengah Agama Tengku Amalin Aishah Putri, Chempaka, di sini, tadi.

Menurutnya setakat jam 12 tengah hari ini, sejumlah 38.82 peratus iaitu 7,915 pengundi melunaskan tanggungjawab mereka pada PRK Dun Chempaka.

"Ini satu petanda baik dan menunjukkan semangat pengundi yang tinggi untuk keluar mengundi biarpun cuaca panas terik.

"Jika dikira dalam tempoh tiga jam dari jam 9 pagi tadi sebanyak 10 peratus setiap jam mereka yang keluar mengundi. Sekiranya keadaan ini berterusan hingga ke petang, peratusannya akan menjadi lebih tinggi," katanya.

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - “Saya masih ingat pesan arwah Tok Guru, jalankan tanggungjawab mengundi, maka saya pulang, tidak pernah saya abaikannya,” kata pelakon, Mustafa Kamal Mohd Daud, 54, semalam.
  • KOTA BHARU - Jumlah undian dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Chempaka menunjukkan penurunan 55 peratus berbanding 85.9 peratus pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.
  • KOTA BHARU - Pas berjaya mempertahankan kerusi Dun Chempaka apabila calonnya, Ahmad Fathan Mahmod menang menewaskan empat calon Bebas dalam PRK...
  • KOTA BHARU - Sembilan pusat pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Chempaka ditutup 5 petang ini. Sembilan pusat berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK)...
  • KOTA BHARU - Ibu dalam pantang antara yang tidak melepaskan peluang mengundi di Sekolah Kebangsaan Kem Pengkalan Chepa di sini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.