• Sebahagian peserta Kem Anak Soleh 2013 bergambar bersama fasilitator dan ahli jawatankuasa program tersebut di Masjid Putra. Sebahagian peserta Kem Anak Soleh 2013 bergambar bersama fasilitator dan ahli jawatankuasa program tersebut di Masjid Putra.
1 /

TAMAN SBJ PASIR PEKAN – Musim cuti persekolahan dimanfaatkan oleh 100 kanak-kanak dan remaja dengan mengikuti Kem Anak Soleh 2013 di Masjid Putra, di sini.

Pengarah program, Wan Hamadi Zahari berkata, kem selama tiga hari dua malam tersebut disertai oleh peserta berumur 10 tahun hingga 15 tahun.

“Sepanjang kem tersebut, peserta didedahkan dengan pengisian qiamulai, tahsin al-Quran, senaman zikir, kuliah subuh.

“Kem ini juga turut diisi dengan ceramah motivasi, sukan dan riadah dan latihan dalam kumpulan,” katanya.

Wan Hamadi berkata, kem ini merupakan siri kedua diadakan selepas kejayaan kem ini pada tahun lepas dan akan diteruskan untuk masa akan datang.

“Program ini merupakan anjuran Masjid Putra dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga Taman SBJ, Skim Rondaan Sukarela dan juga Ikram Tumpat,” katanya.

Menurutnya, program  tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada ibu bapa sekitar kawasan ini apabila mereka begitu komited menghantar anak masing-masing menyertai kem tersebut.