JOHOR BAHRU - Pengu­muman Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Moha­mad dipercayai akan menge­ce­wakan pen­ja­wat awam di negara ini beri­­kutan tiada kenai­kan gaji bagi 2018.

Adun Machap, Abd Taib Abu Bakar berkata, setiap tahun pen­jawat awam akan menantikan berita gembira daripada kerajaan, namun tidak bagi tahun ini selepas peralihan kuasa peme­rin­tahan kera­jaan.

“Bagi kaki­tangan kera­jaan tentu mereka kecewa sebab setiap tahun gaji mereka akan naik tetapi atas alasan kerajaan yang baru ini tiada duit maka penjawat awam perlu reda.

“Cuma kita tidak mahu nanti alasan oleh kerajaan PH adalah kerajaan BN yang meng­­ha­biskan ke­wang­an negara hingga ti­dak mam­pu bagi kenai­kan ke­pada pen­jawat awam,” katanya kepada Sinar Harian.

Abd Taib berkata, ketika zaman pemerin­tahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak walaupun disifatkan oleh PH sebagai ‘songlap’ duit kerajaan, namun masih mampu tunai janji dengan kenaikan gaji.

“Kalau kedudukan kewangan kerajaan tidak mampu rasanya tidak perlu disemak, malah dapat gaji setiap bulan dan dapat pencen pun cukup baik.

“Mungkin Tun M ada perancangannya tersendiri dan mungkin akan datang apabila kewangan sudah pulih, kerajaan akan beri kenaikan berganda,” katanya.

Kelmarin, media mela­por­­kan kera­jaan be­lum berse­­dia untuk menaikkan gaji 1.6 juta pen­jawat awam, namun ber­janji untuk melaku­kannya pada waktu yang berse­suaian.

Dr Mahathir berkata, kenaikan gaji itu memberi kesan kepada kerajaan yang ketika ini sedang memberi tumpuan untuk kurangkan hutang negara.