SEGAMAT – Seramai 80 guru dan 1,100 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Putra, di sini, menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan dengan menghasilkan Jalur Gemilang bersaiz gergasi iaitu 22 meter panjang dan lapan meter lebar.

Pengetuanya, Mohamad Shah Hashim berkata, ini usaha pertama guru-guru, pelajar dan kakitangan sekolah bekerjasama menghasilkan Jalur Gemilang gergasi bagi menyemarakkan sambutan kemerdekaan negara yang ke-60 pada hujung bulan ini.

“Kerja-kerja menjahit bermula sejak bulan Jun lalu dan mengambil masa kira-kira dua bulan untuk disiapkan sepenuhnya dan proses menyiapakan Jalur Gemilang gergasi ini dilakukaan tanpa menganggu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

“Jalur Gemilang gergasi ini juga mencatat sejarah tersendiri pihak sekolah dan kami amat berbangga dapat menyemarakkan sambutan kemerdekaan dengan cara tersendiri dan lebih patriotik,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, beliau juga berharap usaha ini dapat membangkitkan semangat cintakan negara dan sayangkan Jalur Gemilang dalam kalangan warga sekolah selain beberapa Jalur Gemilang dan bendera Johor juga turut memenuhi persekitaran kawasan sekolah.

Katanya, sepanjang bulan kemerdekaan ini juga, pihak sekolah turut menyediakan pelbagai pertandingan seperti nyanyian lagu patriotik, poster dan kuiz sebagai meningkatkan pengetahuan murid terhadap sejarah.

Sementara itu, Excited Pendidikan Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, usaha pihak sekolah ini harus dipuji kerana mengambil langkah tersendiri bagi menyemai sikap cinta dan sayang kepada negara dan Jalur Gemilang dalam kalangan pelajarnya.

“Kita dapat lihat betapa kebelakangan ini banyak unsur yang tidak baik menular dalam masyarakat dan semangat patriotik dalam generasi pascamerdeka yang ada pada hari ini juga dilihat semakin luntur.

“Saya berharap dengan terhasilnya Jalur Gemilang gergasi ini dapat memberi lebih semangat kepada penduduk di sekitar daerah ini untuk sama-sama kibarkan bendera sempena sambutan kemerdekaan yang akan tiba tidak lama lagi,” katanya.

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Lebih 1,500 Jalur Gemilang digunakan untuk menghasilkan wau sepanjang 3,000 meter oleh seramai 645 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Gelugor, di sini, sempena sambutan penutup Hari Kebangsaan 2017.
  • TRONOH - Sejak menetap di Rancangan Perumahan Awam (RPA) pada 1969, Aminah Itam Talib, 75, tidak pernah sekali terlepas memasang Jalur Gemilang di rumahnya.
  • GUA MUSANG - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Wangi berjaya menghasilkan bendera sepanjang 50 meter sempena sambutan Kemerdekaan Negara ke-60.
  • KUALA LUMPUR - Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-60, UEM Group Berhad (UEM Group), sebuah konglomerat berasaskan kejuruteraan infrastruktur dan perkhidmatan di negara ini, meneruskan tradisinya tahun ini dengan sekali lagi mengibarkan Jalur Gemilang di ibu pejabatnya di Mercu UEM.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.