7-ELEVEN Malaysia Holdings Bhd mengumumkan hari ini bahawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, meningkatkan lagi pegangannya dalam syarikat itu kepada 15.52 peratus mewakili sejumlah 172.37 juta saham daripada 8.44 peratus yang dipegang pada Ogos 2017.

Sultan Ibrahim kekal sebagai pemegang saham individu kedua terbesar.

Pemegang saham terbesar 7-Eleven Malaysia, Tan Sri  Vincent Tan, berkata beliau amat gembira Sultan Ibrahim terus meningkatkan pegangan dalam 7-Eleven Malaysia, menurut syarikat itu dalam kenyataan hari ini.

“Ini mencerminkan keyakinan berterusan Sultan Ibrahim terhadap keupayaan, prestasi dan potensi perniagaan 7-Eleven Malaysia.

"7-Eleven Malaysia mencatatkan pendapatan belum diaudit sebanyak RM1.64 bilion dengan keuntungan sebelum cukai RM43.94 juta bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 Sept, 2017,” katanya.- Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar muncul sebagai pemegang saham individu kedua terbesar dalam 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd dengan kepentingan 8.44 peratus selepas mengambil alih 93.70 juta saham dalam rantaian kedai serbaneka itu sejak Julai 2017.
  • 7-ELEVEN Malaysia menawarkan inisiatif terbaharu kepada pelanggan setianya yang melibatkan peraduan foto dalam talian "Get Aktif with Smurfs", dengan hadiah-hadiah yang bernilai sehingga RM50,000 untuk dimenangi.
  • 7-ELEVEN menganjurkan program 'Gila-Gila dengan 7-Eleven,' sebagai inisiatif baharu mendekati pelanggan setianya.