Azlan Shah Al Bakri dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KTMB baharu

Azlan
Azlan
A
A
A

KERETAPI Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan pelantikan bekas Ketua Pengarah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) Datuk Azlan Shah Al Bakri, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) baharu, berkuat kuasa esok.

KTMB dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pelantikan itu mencerminkan keyakinan Ahli Lembaga Pengarah terhadap kewibawaan serta kepakaran Azlan, khususnya dalam ekosistem pengangkutan awam dan tadbir urus organisasi.

Menurut pengendali perkhidmatan pengangkutan rel negara itu, ia juga selari dengan komitmen KTMB untuk terus memperkukuh penyampaian perkhidmatan rel negara secara berfasa, progresif dan berpaksikan pengguna.

"KTMB yakin pelantikan ini akan memperkukuh hala tuju strategik organisasi, dalam melaksanakan pembaharuan operasi, mempertingkat tahap penyampaian perkhidmatan, serta memperkukuh kerjasama strategik bersama pemegang taruh demi manfaat rakyat dan pembangunan mobiliti negara," menurut kenyatan itu.

Sementara itu Pengerusi KTMB Datuk Ahmad Redza Abdullah dalam kenyataan sama memaklumkan, pelantikan Azlan dibuat berdasarkan rekod kepimpinan yang kukuh dan pengalaman mendalam dalam sektor pengangkutan awam.

"KTMB yakin beliau mampu memacu syarikat ke arah pencapaian yang lebih tinggi melalui pendekatan berteraskan tadbir urus baik, daya saing operasi dan penambahbaikan pengalaman pelanggan,” katanya.

Azlan Shah pula menegaskan komitmennya untuk memperkukuh keupayaan KTMB sebagai pengendali rel negara melalui penambahbaikan berterusan, menekankan aspek keselamatan, kebolehpercayaan perkhidmatan dan kecekapan operasi demi manfaat pengguna. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

 

Ringkasan AI

  • Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan pelantikan Datuk Azlan Shah Al Bakri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) baru
  • Pelantikan mencerminkan keyakinan Ahli Lembaga Pengarah terhadap kewibawaan dan kepakaran Azlan dalam ekosistem pengangkutan awam
  • Pelantikan ini selari dengan komitmen KTMB untuk memperkukuh penyampaian perkhidmatan rel negara
  • KTMB yakin pelantikan akan memperkukuh hala tuju strategik organisasi dan pembaharuan operasi
  • Azlan Shah berkomitmen untuk memperkukuh keupayaan KTMB melalui penambahbaikan berterusan demi manfaat pengguna

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!