Revolusi robotik

Evan Yao dari EngineAI bergambar bersama robot humanoid EngineAI T800 semasa Pameran Elektronik Pengguna (CES) tahunan di Las Vegas, Nevada.
Evan Yao dari EngineAI bergambar bersama robot humanoid EngineAI T800 semasa Pameran Elektronik Pengguna (CES) tahunan di Las Vegas, Nevada.
A
A
A

KETUAPegawai Eksekutif Nvidia, Jensen Huang pada Selasa menyifatkan robot sebagai “pendatang AI”, dengan berhujah bahawa teknologi itu mampu menyelesaikan kekurangan tenaga kerja global yang sedang menjejaskan sektor pembuatan.

Menjawab kebimbangan bahawa mesin akan menggantikan pekerja manusia, pemimpin syarikat cip AI terbesar dunia itu mengambil pendirian bertentangan.

“Kehadiran robot akan mewujudkan lebih banyak pekerjaan,” kata Huang kepada 200 wartawan dan penganalisis dalam satu sesi selama 90 minit di sebuah hotel di Las Vegas, di luar acara pameran teknologi CES.

“Kita perlukan lebih ramai pendatang AI untuk membantu di lantai pembuatan dan melakukan kerja-kerja yang mungkin kita sendiri sudah tidak mahu lakukan lagi,” kata Huang yang kenyataan spontan beliau sudah menjadi tradisi popular di CES.

Perhimpunan itu berlangsung sehingga Jumaat, dengan kira-kira 130,000 pengunjung.

Seperti setiap tahun, robot menjadi antara tarikan utama di CES, apabila syarikat-syarikat berharap teknologi ini dapat menembusi arus perdana sebagai peranti yang benar-benar berguna, bukan sekadar gimik.

Huang berhujah bahawa satu “revolusi robotik” mampu mengimbangi kehilangan tenaga kerja akibat populasi yang semakin menua dan penurunan demografi, di samping merangsang pertumbuhan ekonomi.

“Apabila ekonomi berkembang, kita akan mengambil lebih ramai pekerja,” katanya, sambil mengenakan jaket kulit hitam ikonik beliau.

Huang, yang menerajui syarikat paling bernilai di dunia dengan anggaran nilai sekitar AS$3.5 trilion, menganggarkan kekurangan tenaga kerja mencecah “puluhan juta” orang, bukan sekadar ribuan, susulan perubahan demografi.

Artikel Berkaitan:

Kenyataan beliau selari dengan pandangan pemimpin lain di Silicon Valley, khususnya Elon Musk dari Tesla dan SpaceX, yang kerap menyebut penyusutan populasi dan penuaan tenaga kerja sebagai sebab utama untuk menerima automasi.

Nvidia kini melabur secara besar-besaran dalam pembangunan perisian asas yang membolehkan robot beroperasi merentasi pelbagai industri, termasuk pembuatan, peruncitan dan penjagaan kesihatan. - AFP

Ringkasan AI

  • Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia menjelaskan robot sebagai "pendatang AI" yang mampu menangani kekurangan tenaga kerja global
  • Robot dianggap mampu mencipta lebih banyak pekerjaan menurutnya
  • Hadirnya teknologi robotik dapat membantu mengimbangi isu tenaga kerja yang disebabkan oleh populasi yang menua
  • Huang memandang revolusi robotik sebagai cara untuk merangsang pertumbuhan ekonomi
  • Nvidia melabur dalam pengembangan perisian yang memungkinkan robot beroperasi dalam berbagai sektor seperti pembuatan, peruncitan, dan penjagaan kesihatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!