• Secret Recipe berasal dari Malaysia
1 /

Secret Recipe adalah rantaian kafe gaya hidup popular diasaskan sejak 1996 dan dilancarkan secara rasmi pada 1997.

Kafe berpusat di Malaysia itu, berjaya membina jenama di Singapura, Indonesia, Thailand, China, Filipina, Brunei, dan Australia dan berjaya membina jenama produknya tersendiri berdasarkan gabungan menu dan kualiti kek yang dicipta.

Kafe ini juga diiktiraf dengan pensijilan halal yang diberikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Secret Recipe komited untuk mematuhi piawaian penyediaan makanan dan pemprosesan semua di restoran mengikut garis panduan kawal selia, termasuk garis panduan analisis bahaya dan titik kawalan kritikal (HACCP) dan pembungkus produk yang didaftarkan untuk mendapat dan mewujudkan keyakinan pengguna ke atas keselamatan produk di samping sebagai kaedah penggalak pemasaran (VHM). Pelanggan boleh menikmati lebih daripada 20 jenis makanan, 40 ciptaan kek dan pastri, dengan pelbagai berperisa ais krim dan minuman.

Dalam tempoh tiga belas tahun beroperasi, Secret Recipe mengalami pertumbuhan pesat dengan membuka lebih 250 kafe di seluruh rantau ini.

Secret Recipe dikembangkan secara francais dan diterajui Steven Sim Leong Thun sebagai Pengarah Urusan.

Sumber: wiki/secret recipe homepage