PRUDENTIAL BSN Takaful Berhad (PruBSN) menerima penghargaan daripada institusi penyelidikan dan penerbitan di Hong Kong, The Asset, sebagai Institusi Takaful Terbaik sempena penganugerahan Triple A Islamic Finance Awards. 

Pengarah Pemasaran PruBSN Nor Azman Zainal adalah wakil PruBSN yang menerima anugerah itu daripada Pengarang Urusan The Asset Chito Santiago.

PruBSN turut dianugerahkan kepada syarikat itu melalui Anugerah Triple A Islamic Finance Awards adalah Anugerah Bintang Cemerlang Institusi Takaful pada 2011 dan CEO Takaful Terbaik pada 2013.

PruBSN memberikan perlindungan kepada lebih 600,000 pemegang-pemegang sijil iaitu 2 peratus daripada populasi rakyat Malaysia.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.