OCBC Bank (M) Bhd dan anak syarikatnya, OCBC Al-Amin Bank Bhd, akan menaikkan kadar pinjaman asas (BLR) dan kadar pembiayaan asas (BFR) berkuat kuasa 16 Julai.

Ini susulan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas.

Bank itu menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa BLR dan BFR akan disemak menaik kepada 6.85 peratus setahun daripada 6.60 peratus sebelumnya.

Sementara itu, kadar pinjaman gadai janji, alternatif kepada BLR bagi pinjaman perumahan, juga akan dinaikkan kepada 5.70 peratus setahun berbanding 5.45 peratus. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.