KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif hari ini melantun semula untuk ditutup tinggi susulan data senarai gaji bukan ladang AS yang lebih lemah daripada jangkaan, kata seorang peniaga.
 
Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Leo Goh Boon Hao berkata, pekerjaan senarai gaji bukan ladang naik kepada 223,000 pekerjaan pada Jun, lebih rendah berbanding jangkaan 233,000 pekerjaan, sekalipun pelabur menjangka pemulihan berterusan ekonomi AS akan membawa kepada kenaikan kadar faedah pada September.
 
"Ada dua data pekerjaan yang akan disemak semula sebelum Rizab Persekutuan memutuskan mengenai kadar faedah pada September," katanya kepada Bernama.
 
Ketika ditutup, bulan semerta Julai 2015 menokok 20 mata kepada RM142.20 segram manakala Ogos 2015, September 2015 dan Oktober 2015 masing-masing meraih 19 mata kepada RM142.60, RM143.05 dan RM143.55 segram.
 
Volum jatuh kepada 29 lot bernilai RM410,000 daripada 43 lot bernilai RM480,000 pada Khamis manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 1,353 kontrak daripada 1,347 kontrak.
 
Pada 5 petang, harga emas fizikal disandarkan pada RM137.26 segram, naik 16 sen daripada RM137.10 segram semalam. – Bernama 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • AMANAH Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.30 sen seunit bagi Amanah Saham Malaysia (ASM) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2016.
  • SAHAM Brahim's Holdings Bhd meningkat pada sesi dagangan pagi hari ini selepas anak syarikatnya, Brahim's Airline Catering Sdn Bhd (BAC), menandatangani perjanjian lanjutan kedua (EA ke-2) dengan Malaysian Airline System Bhd (MAS) bagi memudahkan dokumentasi Perjanjian Baharu Katering (NCA).
  • SAPURAKENCANA Petroleum Bhd sedang dan sudah mengambil langkah bagi memastikan sahamnya patuh Syariah, seperti ditetapkan Suruhanjaya Sekuriti (SC) menjelang tahun kewangan berakhir 31 Januari, 2015, kata sumber-sumber rapat dengan perkara itu hari ini.
  • PERMODALAN Nasional Berhad (PNB) mengumpulkan 189.18 bilion unit saham amanah melibatkan 12.11 juta pemegang akaun sejak agensi itu ditubuhkan pada 1978 untuk memperkasakan ekonomi Bumiputera dan rakyat Malaysia.