PERKEMBANGAN sistem kewangan Islam memberangsangkan di negara ini menjadikan Malaysia antara negara peneraju sukuk terbesar di dunia berbanding negara Timur Tengah.

Pengarah Eksekutif Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (Isra), Profesor Dr Mohamad Akram Laldin berkata, selain itu, kelengkapan infrastruktur, pengawal selia dan peraturan perundangan yang saling menyokong antara satu sama lain juga menjadi pendorong.

Menurutnya, selepas hampir 30 tahun membentuk sistem kewangan Islam, Malaysia kini menjadi contoh dalam sektor berkenaan kepada negara-negara lain berikutan kelebihan kemudahan infrastruktur lengkap di negara ini.

“Malaysia ialah pengeluar sukuk terbesar di dunia berbanding negara Timur Tengah seperti Emiriyah Arab Bersatu, Arab Saudi, dan Bahrain. Isu kewangan Islam telah bermula di negara kita sejak 1980-an.

“Kita sekarang dalam proses untuk memantapkan serta melakukan inovasi daripada sistem kewangan Islam yang ada kini,” katanya selepas Perasmian Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara kali ke-8 (MCSN8) di Hotel Thistle, di Johor Bahru, semalam, yang dirasmikan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Datuk Mohamad Aziz.

Hadir sama, Mufti negeri, Datuk Mohamad Tahrir Samsudin; Penasihat Agama Islam negeri, Datuk Nooh Gadot dan Ketua Eksekutif Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah), Profesor Dr Mohamad@Md Som Sujimon.

Muzakarah dua hari itu bertemakan menangani cabaran dan merintis inovasi dalam kewangan Islam dan turut dihadiri cendekiawan dalam bidang berkaitan dari negara luar termasuk Brunei, Indonesia dan Singapura.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SYARIKAT pengeluar produk kesihatan dan kecantikan berlandas syariah Bumiputera, Mahabbah Life Sdn Bhd menerusi jenama Mahabbah melaburkan lebih RM200,000 bagi tujuan pemasangan papan iklan di seluruh negara.
  • PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyarankan supaya pengusaha perniagaan lunchbox memberi gambaran dapur atau tempat yang digunakan untuk menyediakan tempahan pelanggan, ketika membuat promosi.
  • KEWUJUDAN lebih banyak institusi perbankan Islam dapat membantu dan memacu pertumbuhan dalam sektor itu, selaras dengan agenda kerajaan untuk memperkasakan industri tersebut.
  • APABILA sesuatu produk dihasilkan, antara perkara yang mesti dipertimbangkan ialah bagaimana mahu memasarkan produk itu kepada pengguna.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.