SUSU amat penting untuk membantu tumbesaran kesihatan dan kegagalan mengambil susu dengan cara yang betul serta bersesuaian akan memberikan kesan kepada manusia.

Jika anda biasa dengan rutin sarapan pagi mengambil sekeping roti atau sepiring nasi goreng serta segelas susu lembu, disarankan anda untuk mencuba menggantikan susu tersebut dengan susu kambing kerana kandungan nutrisi dan gizi lebih lengkap dibandingkan dengan susu lain. Susu kambing adalah alternatif yang lebih sihat terutama apabila ia mentah dan organik.

Kambing mengeluarkan kira-kira 2 peratus daripada bekalan susu global.

Pengambilan susu kambing amat sesuai untuk orang yang mempunyai alahan dan masalah pencernaan. Malah Rasulullah SAW sendiri membela dan meminum susu kambing. Kandungan protein dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi khasiat susu lembu. Para ibu amat digalakkan mengambil susu kambing untukmemastikan susu ibu yang dihasilkan berkhasiat.

Khasiat susu kambing

Susu kambing merupakan sumber kalsium yang sangat baik. Kandungan kalsium dalam secawan susu kambing mampu membekalkan 32.6 peratus nilai kalsium sehari. Kalsium bukan sekadar membantu tumbesaran tulang terdapat juga mineral penting dalam kesihatan.

Walaupun harganya sedikit mahal daripada susu lembu namun manfaat yang diberi jauh lebih baik. Kaya dengan riboflavin, ia sangat membantu dalam penghasilan dan pengekalan tenaga di dalam tubuh. Dan apa yang menarik, susu kambing lebih mudah dihadam hanya dalam tempoh

20 minit berbanding susu lembu yang memakan masa dua jam untuk dihadam.

Pelantikan duta

Muhammad Tajdid Hadhari Romli, pengacara TV dan penyampai radio IKIM FM dilantik menjadi duta produk Susu Kambing Gold Goat Tinggi Protein Tinggi Kalsium.

Menurut pengurusan pihak Harwany, pelantikan Hadhari sebagai duta produk bersesuaian dengan imej beliau dan sesuai menjadi ejen promosi. Dengan pelantikan ini secara tidak langsung akan meningkatkan dan merancakkan lagi sektor perniagaan industri minuman.

Susu tepung kambing Harwany Gold Goat

Susu Kambing Gold Goat Tinggi Protein Tinggi Kalsium keluaran Harwany ini telah dilancarkan pada Oktober 2017. Produk ini boleh didapati di Guardian, Farmasi dan Kedai Jamu terpilih di Malaysia. Susu Kambing Gold Goat keluaran Harwany juga tiada bau hamis kambing dan tanpa gula tambahan. Setiap pek Gold Goat mengandungi 18 paket dan boleh didapati dalam dua perisa iaitu Perasa Asli dan Coklat dengan tawaran harga RM24.90 dan RM26.90. Dengan pengiktirafan Halal daripada Jakim kini anda tidak perlu ragu-ragu memilih Susu Susu Kambing Harwany Gold Goat untuk keperluan harian anda.