ATAS kesedaran mendedahkan kepentingan simpanan emas yang menjamin masa depan kepada belia, Goldcrest Pavilion Sdn Bhd (GCP), membuka gerai jualan di tapak Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya bermula 23 Mei lalu hingga esok.

Pengarah Urusannya, Shamsul Anuar Md Ali berkata, pembukaan gerai jualan kali disasarkan kepada golongan belia ke arah mewujudkan kesedaran tentang kepentingan simpanan emas, tidak susut nilai, kalis inflasi dan asas terunggul selain rumah serta hartanah.

Menurutnya, GCP menyediakan tawaran emas lebih murah berbanding pasaran di luar. Pembelian emas 999, segram berharga RM181 yang mana RM198 harga semasa.

“Harga ditawarkan adalah bersih tanpa upah. Kami juga menawarkan pembelian emas 999 seberat 10 gram yang akan mendapat emas perak percuma seberat 10 gram,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, syarikat turut menyediakan faedah kepada ahli yang membeli emas 999 sehingga lapan persen diskaun. Ahli juga menerima bantuan dalam bentuk stok emas, wang tunai dan pembelian semula kepada emas yang ingin dijual. Penghantaran pembelian emas juga percuma walaupun membeli seberat satu gram.

Katanya, GCP juga menyediakan latihan, pemasaran dan seminar percuma kepada pengedarnya. Malah, jaminan wang dikembalikan jika berlaku kehilangan emas sewaktu penghantaran.

Beliau berharap, pembukaan gerai jualan ini merealisasikan matlamat syarikat untuk mendidik masyarakat mengenai kepentingan simpanan emas demi kelangsungan hidup sewaktu kegawatan ekonomi.

Selain itu katanya, ia juga medium melahirkan masyarakat celik ilmu tentang emas kalis inflasi, sekali gus beri peluang kepada belia meningkatkan ekonomi melalui simpanan dan perniagaan emas.

Sementara itu pengunjung, Muhammad Khairul Arifin, 31, melahirkan rasa gembira kerana mendapat kesedaran mengenai kelebihan emas dan menyifatkan ia suatu pelaburan yang cukup berbaloi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.