FINTECH Asia, HelloGold yang dilancarkan di Malaysia baru-baru ini, merupakan platform emas dalam talian pertama patuh syariah yang disokong Lembaga Penyeliaan Syariah bagi Amanie Advisors.

Ia sekali gus memberi akses syarikat tersebut kepada berjuta pelanggan Islam seluruh rantau.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Robin Lee berkata, pengenalan platform simpanan emas tersebut bertujuan memudahkan pengguna menyimpan emas berlandaskan patuh syariah.

“Dengan HelloGold, semua pengguna boleh membeli emas. Kami telah menjadikannya mudah dan mampu untuk semua orang untuk membeli, menjual, menghantar emas dan untuk menggunakannya sebagai cagaran dari serendah RM1.

“Pengguna juga mampu membeli pelaburan emas gred dengan mudah melalui telefon pintar mereka,” katanya.

 Menurutnya, idea pelancaran aplikasi mudah alih HelloGold, dilihat sebagai bertepatan dengan keadaan semasa ketika ekonomi global yang tidak menentu terutama dari segi kewangan.

“Untuk banyak negara di Asia, emas merupakan pelaburan yang selamat dan sangat baik daripada risiko pertukaran asing dan kejutan pasaran seperti yang dilalui pada 2016,” katanya. 

Aplikasi HelloGold kini boleh didapati di Google Play dan untuk versi ios akan diperkenal pada Februari 2017.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUMPULAN Habib Jewels (Habib), melancarkan koleksi terbaharu sempena meraikan Hari Kebangsaan menerusi kempen Merdeka Jubli Intan.
  • JIKA dahulu, masuk sahaja Ramadan, kedai emas akan mula dikunjungi pengunjung bagi mendapatkan koleksi barangan kemas baharu untuk digayakan pada hari raya.
  • EMAS merupakan sejenis logam dikenali sebagai ‘logam mulia’ dengan simbol Au dan memiliki nombor atom 79, dengan nilainya yang tidak susut dan kalis inflasi menyebabkan ia mempunyai kedudukan cukup istimewa dalam kalangan penggemar barangan kemas.
  • RAKYAT Malaysia disaran memperuntukkan antara lima hingga 10 peratus simpanan emas fizikal daripada portfolio simpanan keseluruhan mereka bagi membantu mengurangkan kesan daripada penurunan nilai ringgit dan pertumbuhan perlahan ekonomi sekarang.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.