KOPERASI DinarDirham Berhad (Kodinar) komited menawarkan kualiti emas fizikal dinar terbaik pada harga berpatutan dan menyediakan dompet digital emas pertama di Malaysia yang berteknologi terkini, iaitu blockchain.

Pengerusinya, Mohd Razaimie Abd Rahim berkata, Kodinar menongkah arus kebiasaan perniagaan emas apabila memperkenalkan fenomena baharu dunia fizikal emas, iaitu mendigitalkan emas fizikal dengan nilai setara dan bertukar menjadi emas digital bernilai fizikal.

“Inovasi hebat ini memungkinkan penggunaan emas sebagai cara baru dalam transaksi urus niaga kewangan apabila pembayaran menggunakan emas mula diterima di kedai seluruh dunia melalui penggunaan dompet digital berteknologi Blockchain Kodinar,” katanya pada majlis perasmian bangunan dan ibu pejabat Kodinar, di Taman Prima Seri Gombak, dirasmikan oleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Dr Noor Zari Hamat, baru-baru ini.

Dompet digital menggunakan teknologi blockchain dicipta oleh Pengasas DinarDirham Pte Ltd, Muhd Azrainuddin Zainal.

Mengenai koperasi itu, Mohd Razaimie berkata, Kodinar ditubuhkan pada 18 Ogos lalu dan berdaftar dengan SKM.

“Sebagai koperasi baru, Kodinar mula bertatih dengan merangka aktiviti perniagaan aktif dalam usaha meningkatkan sokongan jumlah pemegang syer koperasi dan seterusnya menaikkan nilai syer yang dibeli oleh ahli-ahlinya.

Koperasi itu juga adalah peneraju dalam jual beli dinar digital apabila memperkenalkan Crypto Dinar Coin menerusi dompet digital Universal Bitcoin Wallet (UBW) daripada DinarDirham Pte Ltd.

Mohd Razaimie berkata, produk utama Kodinar adalah Dinar Coin Fizikal dan DinarCoin Crypto (DNC).

“Produk Malaysia ini juga sudah mula diterima di pasaran dunia serta inovasi teknologi ini telah memenangi anugerah The Most Innovative Gold Fintech Provider 2016 di Shenzhen, China, bulan lalu,” katanya.

Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.