Tanjong Clixster Mobile (Clixster), syarikat telekomunikasi milik Bumiputera menyasarkan dua hingga tiga tahun untuk berdiri sebaris dengan syarikat telekomunikasi (telco) utama negara.

Clixster di bawah naungan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (Angkasa) telah diluluskan semasa persidangan tahunan Angkasa ke-27, tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Noor Azlan Khamis berkata, bagi merealisasi hasrat itu, pelbagai strategi diatur bagi meningkatkan keupayaan syarikat untuk bersaing di peringkat tempatan mahu pun antarabangsa.

“Buat permulaan, Clixster menyasarkan pengguna percubaan menerusi ahli Angkasa yang mempunyai 8.4 juta ahli di seluruh negara,” katanya di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Kira-kira 60,000 pek permulaan Clixster akan dipasarkan di Terengganu yang diletakkan di kedai serbaneka T’Shoppe.

Katanya, Clixster, yang menggunakan perkhidmatan kad prabayar, dijangka dilancarkan sebelum persidangan Tahunan Angkasa yang ke-28 pada Mei ini.

Beliau memberi jaminan perkhidmatan yang diperkenal itu lebih mudah berbanding telco lain dan mendapat liputan menyeluruh, namun buat permulaan fokus utama adalah kawasan majoriti Bumiputera seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TENAGA Nasional Berhad (TNB) terus komited membangunkan modal insan industri perbekalan elektrik negara menerusi penubuhan Pusat Latihan Teknikal di Kota Belud, Sabah.
  • PENERAJU telekung inovasi di Malaysia, Telekung Siti Khadijah yang dimiliki Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd menerima dua anugerah di The Brand Laureate Award 2017-2018 yang diadakan baru-baru ini.
  • PERUBAHAN gaya hidup semakin sibuk menjadikan kaedah pembelian atas talian jadi pilihan, terutamanya kepada wanita muda dan berkerjaya.
  • MUMBAI akhirnya memulakan kerja-kerja pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Navi Mumbai dengan jumlah perbelanjaan mencecah kira-kira RM241 bilion.
  • PEMILIK jenama fesyen, Bianco Mimosa, Datuk Ida Suraya Mustapha mencipta sejarah apabila dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat Minggu Fesyen Antarabangsa Dubai (IFWD), Emiriah Arab Bersatu selama tiga tahun berkuat kuasa bulan lalu.