AMANAH Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Malaysia (ASM) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014 naik 0.10 sen berbanding tahun lalu.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pengagihan pendapatan ASM tahun ini adalah 6.60 sen seunit berbanding 6.50 sen seunit pada 2013.

“Pengagihan pendapatan ini  babitkan peruntukan RM947.10 juta berbanding RM912.03 juta tahun lalu dengan peningkatan sebanyak 3.85 peratus serta memberi manfaat kepada lebih 530,000 pemegang unit yang melanggan 14.34 bilion unit ASM," katanya selepas mengumumkan pengagihan pendapatan tabung ASM di Kuala Lumpur, semalam.

Ahmad Sarji berkata, sehingga 17 Mac 2014, tabung ASM memperoleh pendapatan kasar RM1.16 bilion melalui keuntungan penjualan saham dalam syarikat-syarikat yang menyumbang 46.8 peratus dengan nilai RM544.94 juta.

“Selain itu, pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat juga menyumbang RM434.49 juta atau 37.4 peratus dan selebihnya melalui pendapatan pelaburan dalam instrumen-instrumen jangka pendek sebanyak 15.8 peratus (RM183.39 juta),” katanya.

Pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan tabung ASM di pejabat atau ejen ASNB seluruh negara mulai 1 April 2014, manakala penyata pengagihan pendapatan serta laporan tahunan tabung ASM akan dihantar mulai pertengahan Mei 2014.

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TENAGA Nasional Berhad (TNB) berhasrat mengambil langkah lebih aktif bagi mendukung sasaran penjanaan RE Malaysia bersandarkan daya saing dan keupayaannya di dalam dan luar negara.
  • GEDUNG membeli-belah terkemuka dunia, Robinsons meluaskan operasinya di Malaysia sempena sambutan 159 tahun Robinsons.
  • PENERAJU platform e-dagang Lazada Malaysia, menyasarkan 50,000 peniaga atas talian (online) di laman webnya pada 2018 berbanding hanya 19,000 penyertaan setakat ini.
  • KEDUDUKAN rangkaian restoran makanan segera terbesar di dunia, McDonald’s sememangnya terkenal serata dunia di bawah pengurusan Raymond Albert Ray Kroc atau pengasas McDonald’s, Ray Kroc.
  • MAJLIS Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam), Terengganu menjangkakan jumlah pinjaman Ar-Rahnu Maidam adalah RM150 juta melibatkan 40,000 peminjam pada 2017.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.