PERTUBUHAN Profesional, Pemimpin dan Usahawan (Ample) menjadi platform golongan profesional menceburi bidang usahawan.

Setiausaha Agungnya, Dr Fauziah Abbas berkata, misi persatuan bagi meningkatkan ahli Ample memberi kesedaran kepada golongan tersebut.

"Kami dianggap sebagai jambatan menghubungkan masyarakat dengan jabatan atau agensi kerajaan.

"Kini, lebih ramai golongan profesional ingin memiliki perniagaan sendiri, namun mencari saluran sesuai," katanya selepas majlis Forum Probiz Klinik: Profesional Ceburi Keusahawanan.

Fauziah berkata, terdapat dua kategori profesional iaitu akademik dan kemahiran dalam persatuan itu yang terdiri daripada doktor, peguam, pensyarah dan sebagainya.

Bukan sahaja mengadakan aktiviti di kalangan ahli, Ample turut bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membincangkan isu berbangkit.

Presidennya, Ungku Anna Ungku Mohammed berkata, menerusi Ample, pesara profesional serta generasi X (generasi lahir selepas era peperangan) dan U yang tidak mempunyai pengetahuan niaga atau jaringan kerjasama akan dibantu ke dunia keusahawanan.

“Mereka akan diberi pendedahan melalui program mentor, teknologi maklumat serta bengkel mendapatkan pembiayaan, pelan perniagaan termasuk pemasaran digital.

"Matlamat Ample mendekatkan jurang generasi antara Baby Boomers. Ketiga, generasi ini dapat bergerak dalam satu platform,” katanya.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.