KUALA LUMPUR -  Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Bhd menawarkan 10,000 tempat duduk percuma untuk tempahan ke destinasi di semenanjung, Sabah dan Sarawak pada Jumaat bagi perjalanan 1 hingga 30 April.
   
Tempat duduk percuma berkenaan hanya sah bagi penerbangan dari Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu, Bintulu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
   
Tempat duduk percuma itu tidak ditawarkan bagi penerbangan domestik dalam Semenanjung atau Sabah dan Sarawak, demikian menurut AirAsia dalam satu kenyataan.
   
Tempahan bagi tempat duduk percuma itu dibuka kepda semua rakyat Malaysia dengan MyKad selama 24 jam bermula 12.01 pagi 15 Februari.
   
Bagaimanapun, cukai lapangan terbang akan dikenakan, walaupun tambang dan surcaj bahan api diketepikan.
   
"Peruntukan bagasi, makanan dalam penerbangan, pilihan tempat duduk dan perkhidmatan nilai tambah lain juga tidak termasuk dalam tambang murah berkenaan," katanya.
   
Tawaran berkenaan merupakan sebahagian program 'Integrasi 1Malaysia dengan AirAsia' yang dilancarkan awal bulan lepas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SEPANG - Penganjuran hackathon terbuka Airvolution 2017 oleh syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd mendapat sambutan menggalakkan dengan lebih daripada 100 peserta di beberapa negara terlibat hadir bagi mengikuti acara berkenaan.
  • KUALA LUMPUR - Semua penerbangan AirAsia (kod AK dan FD) ke atau dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai masih dibatalkan esok berikutan pertimbangan operasi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.