Tular banglo mewah di Putra Heights dilelong separuh harga

Tular sebuah banglo dua tingkat di Putra Heights, Subang Jaya mahu dijual. Gambar hiasan 123rf.
Tular sebuah banglo dua tingkat di Putra Heights, Subang Jaya mahu dijual. Gambar hiasan 123rf.
A
A
A

SHAH ALAM – Tular sebuah banglo dua tingkat di Putra Heights, Subang Jaya mahu dijual.

Rumah berkenaan bakal dibuka bidaan separuh harga daripada nilai pasaran asal iaitu RM6.2 juta pada 30 April ini.

Banglo berstatus pegangan bebas itu dilengkapi sebuah kolam renang dibina di atas tanah seluas 15,604 kaki persegi dengan keluasan binaan mencecah 11,801 kaki persegi.

“Rumah di Putra Heights untuk dilelong pada separuh harga. Atap dan semua bahagian utama rumah masih dalam keadaan baik,” katanya.

Difahamkan, kediaman mewah itu dilelong pada harga RM3.33 juta.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!