Kenapa, mengapa, salah siapa?

BANYAKLAH soalan yang ditanyakan selepas kejadian letupan dan kebakaran gas di Putra Heights itu. Sudah tentu lah semua pihak mahu mencari punca kejadian itu.
Apakah benar kejadian itu berakibat daripada kerja-kerja korek tanah yang dilakukan oleh kontraktor atau ada kelemahan pihak Petronas sendiri.
Khabarnya 20 agensi yang berkaitan sedang buat siasatan. Baguslah begitu. Bagi Awang, Petronas sendiri patut berterus terang dan kaji semula SOP yang terbabit.
Benarkah sistem atau mekanisme yang sepatutnya beri amaran keselamatan gagal berbuat demikian? Apakah ada masalah pada sistem itu?
Patut juga difikirkan keadah baharu jarak injap keselamatan di antara satu sama lain. Menurut berita jaraknya sampai 20 kilometer, jadi gas terpaksa dibiarkan terbakar selama lebih tujuh jam. Apakah jarak di antara injap keselamatan terutamanya di kawasan bandar munasabah?
Petronas juga patut keluarkan peta lengkap paip gas dari Melaka ke Perlis. Berapa banyakkah yang jaraknya dekat dengan kawasan perumahan atau premis perniagaan?
Rakyat juga berharap ada penanggungjawaban penuh pada peringkat tertinggi dalam syarikat raksaksa itu. Apa salahnya Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif menunjukkan humility kata orang putih, dan memohon maaf pada mangsa dan rakyat Malaysia?
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
