Ahmad Zahid menyaksikan Majlis Pelepasan Penghantaran Bantuan Kemanusiaan Ops Ihsan ke Gaza Palestin di Terminal Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada malam, Jumaat.
Turut hadir Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali.
Penghantaran pertama barangan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin dijadual dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Al-Arish Mesir melalui penerbangan kargo malam ini.
Dianggarkan 50 tan barangan bantuan kemanusiaan dengan nilai hampir RM7 juta itu berjaya dikumpul menerusi Ops Ihsan oleh 45 badan bukan kerajaan (NGO) dalam tempoh 24 jam dan penghantaran pertama itu melibatkan keperluan perubatan dan barangan lain sebanyak 20 tan.
--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA