Faisal Halim disimbah asid

Faisal Halim dilaporkan disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat membeli-belah di Damansara.
Faisal Halim dilaporkan disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat membeli-belah di Damansara.
A
A
A

[DIKEMAS KINI] PEMAIN Selangor FC, Faisal Halim dilaporkan telah disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat membeli-belah di Damansara sebentar tadi.

Dalam gambar yang tular di media sosial, pemain sayap kebangsaan itu kelihatan mengalami kecederaan di badan dan tangan akibat kejadian itu.

Dia juga dilaporkan telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Dalam pada itu, Selangor FC ketika dihubungi akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai insiden berkenaan.

 Gambar keadaan Faisal yang tular.
Gambar keadaan Faisal yang tular.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di media sosialnya mengecam sekeras-kerasnya keganasan terhadap atlet.

"No violence in sports! Saya meminta @PDRMsia untuk segera mengambil tindakan terhadap pelaku." katanya

Ini menjadi kes kedua membabitkan pemain bola sepak selepas pemain Terengganu FC, Akhyar Rashid disamun pada Khamis lalu di hadapan sebuah kondominium di Kuala Terengganu.

Artikel Berkaitan:

Akhyar mengalami kerugian lebih RM4,800 selain dipukul menggunakan senjata besi boleh laras.

Akibat kejadian itu, Akhyar dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) menerima enam jahitan iaitu empat jahitan pada bahagian atas kepala dan dua jahitan di atas tapak kaki kiri selain sakit pada anggota badan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Allahuakbar #fyp #SinarHarian #FaisalHalim #SimbahAsid #BolaSepak #PemainKebangsaan #Sukan #SelangorFC

Suspense - Gold-Tiger