GPM Malaysia gerak pasukan pemantau mangsa gempa di Maghribi

Seorang penduduk cuba dapatkan semula bahan-bahan di bangunan runtuh di perkampungan Tafeghaghte, 60km di selatan Marrakesh, Maghribi pada Isnin. - Foto EPA
Seorang penduduk cuba dapatkan semula bahan-bahan di bangunan runtuh di perkampungan Tafeghaghte, 60km di selatan Marrakesh, Maghribi pada Isnin. - Foto EPA
A
A
A

KOTA BHARU - Global Peace Mission (GPM) Malaysia akan menggerakkan pasukan pemantau untuk mendapatkan maklumat terkini berkait dengan situasi mangsa gempa bumi di Maghribi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, pada masa sama ia turut berperanan menyelaras bantuan dan menyalurkannya kepada komuniti yang terjejas.

"Selain itu, kami akan terus memberikan maklumat terkini mengenai keadaan semasa dan penglibatan GPM Malaysia dalam usaha bantuan.

Ahmad Fahmi
Ahmad Fahmi

"Keutamaan GPM Malaysia ialah keselamatan dan kesejahteraan penduduk yang terjejas akibat gempa bumi ini," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Menurut beliau, GPM Malaysia menyeru orang ramai di kawasan yang terjejas untuk sentiasa berwaspada, menjaga keselamatan, mengikuti arahan pihak berkuasa tempatan dan membantu satu sama lain dalam tempoh mencabar itu.

Beliau turut menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pasukan responden awal yang berani dan bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk memberikan bantuan dan sokongan kepada mereka yang memerlukan.

Ahmad Fahmi memberitahu, orang ramai yang ingin menyumbang kepada usaha bantuan itu boleh berbuat demikian melalui kempen menerusi akaun Maybank GPM Malaysia iaitu 5642-2161-1602 dengan rujukan Peduli Maghribi.

Artikel Berkaitan: