Dortmund tak sangka ke final

Pemain Dortmund meraikan jaringan Hummels ketika menentang PSG. Foto AFP
Pemain Dortmund meraikan jaringan Hummels ketika menentang PSG. Foto AFP
A
A
A

MATS Hummels menanduk masuk gol tunggal ketika Borussia Dortmund mengejutkan Paris Saint-Germain dalam perlawanan kedua separuh akhir Liga Juara-Juara pada awal pagi Rabu.

Pasukan dari Jerman itu menang 1-0 dan mara secara agregat 2-0 ke final bulan depan di Wembley.

Hummels menjaringkan gol lima minit memasuki separuh masa kedua di Parc des Princes dan PSG gagal mencari gol walaupun mempunyai beberapa peluang keemasan.

Dortmund yang berada pada kedudukan kelima dalam Bundesliga Jerman, bukan pasukan pilihan untuk mara ke final.

Ia menjadi final pertama mereka sejak 2013 dan secara kebetulan perlawanan itu juga dimainkan di Wembley dan Dortmund yang dibimbing Jurgen Klopp itu tewas kepada Bayern Munich.

Hummels bermain di final itu dan kali ini dia menjadi wira kerana Dortmund dengan jaringan gol untuk menggandakan kelebihan melalui jaringan Niclas Fuellkrug pada perlawanan pertama.

"Kami akan mengambil sedikit masa untuk menerima bahawa kami ke final, tetapi kami memang sangat menantikannya.

"Kami tidak tahu bagaimana kami lakukannya untuk sampai ke London," kata jurulatih Dortmund, Edin Terzic.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!