X

Kindly register in order to view this article
!

Adun Teratai Jenice dipecat dari DAP

A
A

GEORGETOWN - Penyandang kerusi dewan undangan negeri Teratai Jenice Lee dipecat dari DAP hari ini kerana gagal menarik balik secara terbuka keputusannya bertanding sebagai calon bebas, dalam tempoh 24 jam mulai semalam. Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh berkata, keputusan memecat penyandang kerusi Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him dari DAP pula diubah pada saat akhir selepas Sim menarik diri sebagai calon bebas bagi kerusi negeri Kota Laksamana. Sim dilaporkan berkata beliau akan terus bertanding bagi kerusi Parlimen itu atas tiket DAP. Mengenai isu Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP tidak diiktiraf, Karpal Singh berkata Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak berhak mengeluarkan notis menyatakan parti itu tidak diiktiraf sehingga siasatan selesai. Menurut laporan, pegawai pengurus pilihan raya Pooi Weng Keong dan pakar strategi DAP Ong Kian Ming dijadual menghadiri siasatan ROS mengenai isu itu pada 18 April tetapi ditunda ke 9 Mei. "Saya minta individu supaya tidak menimbulkan persoalan undang-undang dengan kami. Ada ramai peguam dalam DAP dan kami tahu apa kami buat," kata Karpal Singh. - Bernama  


×

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!