X

Kindly register in order to view this article
!

15 Adun BN beri sokongan kepada Ahmad Razif

15 Adun BN menyatakan sokongan jitu dan padu kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
15 Adun BN menyatakan sokongan jitu dan padu kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
A
A

KUALA TERENGGANU - Semua 15 Adun BN Terengganu menyatakan sokongan jitu dan padu kepada Menteri Besar, Datuk  Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Perkara itu dizahirkan Adun Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang dalam satu sidang media bersama semua Adun berkenaan selepas Persidangan Dun ke-13, di Wisma Darul Iman di sini, kelmarin.

“Kami menyokong kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak sebagai perdana menteri dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman sebagai kepimpinan tertinggi di Negeri Terengganu.

“Ia tanpa apa-apa cabaran, tanpa apa-apa perasaan berbelah bahagi demi untuk memajukan negeri dan negara tercinta ini,” katanya.

Selasa lalu, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dalam  persidangan itu mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif.

Bagaimanapun, usul tersebut ditolak Yang Dipertua Dun, Datuk Mohd Zubir Embong berdasarkan Perkara 14(6) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu atas alasan Adun Kijal itu mengemukakan usul tersebut tanpa mengemukakan notis.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu, BN yang dipimpin Datuk Seri Ahmad Said pada ketika itu menang tipis 17 kerusi Dun daripada 32 kerusi manakala Pas menang 14 dan PKR hanya 1 kerusi.  


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!