X

Kindly register in order to view this article
!

Produk Pahang berpotensi dipasarkan di luar negara

Wan Rosdy (dua dari kiri) menyempurnakan simbolik perasmian Persidangan Pemasar (Halal) Antarabangsa Peringkat Pahang di Kerdau, Temerloh hari ini. Turut hadir, Nazilah (kanan).
A
A

TEMERLOH - Beberapa produk dari negeri ini dikenal pasti ada potensi untuk dikomersialkan, sekali gus memasuki pasaran lebih luas di peringkat global.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia juga melibatkan produk yang pelik atau sukar ditemui.

Buat masa ini, katanya, produk seperti sambal hitam sudah dikenali ramai di negara ini sehingga menjadi makanan kegemaran.

"Cuba bayangkan jika ia dapat dipasarkan ke peringkat dunia seperti kota London. Sebab itu kita menggalakkan persidangan seperti ini dan menyarankan supaya ia dianjurkan ke peringkat daerah-daerah selepas ini," katanya dalam ucapan perasmian Persidangan Pemasar (Halal) Antarabangsa Peringkat Pahang di Dewan Datuk Zaharuddin Abu Kassim, Kerdau di sini hari ini.

Hadir sama, Presiden Dewan Pembangunan Perniagaan Usahawan Malaysia (MCED), Datuk Nazilah Idris.

Wan Rosdy (kiri) melihat produk yang dipamerkan pada Persidangan Pemasar (Halal) Antarabangsa Peringkat Pahang di Kerdau, Temerloh hari ini.
Wan Rosdy (kiri) melihat produk yang dipamerkan pada Persidangan Pemasar (Halal) Antarabangsa Peringkat Pahang di Kerdau, Temerloh hari ini.

Seramai 420 peserta dari seluruh Pahang menyertai persidangan anjuran MCED dengan kerjasama Tekun Nasional yang julung kali dianjurkan di negeri ini.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata, bagi peringkat permulaan, produk serta pengusahanya akan dikenal pasti selain memberikan tunjuk ajar dalam aspek seperti pembungkusan, seterusnya pengeluaran dalam skala besar dengan penggunaan mesin sesuai.

"Kerajaan negeri akan memberikan sokongan dan menggalakkan program sebegini kerana ia adalah platform terbaik buat pengusaha, selain penglibatan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!