Kerajaan Selangor gagal, PBT dan Air Selangor lemah

Gangguan air. Gambar kecil: Adi Farhan
Gangguan air. Gambar kecil: Adi Farhan
A
A
A

SUNGAI BULOH - Kegagalan pentadbiran kerajaan negeri, kelemahan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan syarikat pengurusan Air Selangor menangani faktor lapuk berhubung isu air didakwa punca sebenar krisis bekalan utiliti itu di negeri ini.

Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Adi Farhan berkata, punca gangguan bekalan air oleh kerajaan Selangor tidak lagi boleh diterima rakyat berikutan isu itu kerap berulang dan menambah beban rakyat yang kini berdepan wabak koronavirus (Covid-19).

"Rakyat Selangor sudah muak dengan pelbagai alasan yang diberikan. Armada mendesak penyelesaian secara total dilakukan oleh kerajaan negeri bagi memastikan krisis ini tidak berulang," katanya.

Menurutnya, Armada akan memantau rapi isu air ini dan bersedia mengambil tindakan termasuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menjalankan siasatan jika ada unsur penyelewengan.

Katanya, derita rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan sedang berdepan cabaran ekonomi termasuk kumpulan peniaga kecil dan penjaja semakin bertambah apabila krisis air sekali lagi berulang.

"Saya yakin sejak semalam ramai penjaja kecil tidak dapat berniaga kerana bekalan air terputus sehingga membantutkan kerja-kerja penyediaan makanan," katanya.

Artikel Berkaitan: