Mayat reput dalam telaga

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mayat yang sudah reput ditemui dalam sebuah telaga berhampiran tapak pembinaan yang ditinggalkan di Segambut di sini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmorgamorty Chinniah berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan itu selepas menerima panggilan daripada orang ramai pada jam 9.10 pagi hari ini.

"Sampai di lokasi, didapati keadaan mayat berkenaan tidak sempurna kerana sudah reput dan dianggarkan individu tersebut meninggal dunia kira-kira sebulan lalu.

"Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti identiti serta jantina mayat berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat dibawa keluar dengan bantuan anggota bomba sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

"Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut memandangkan tiada unsur jenayah.

"Bagaimanapun, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian atau kehilangan ahli keluarga diminta hadir ke mana-mana balai polis untuk membantu siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: