Pas gesa PDRM, SPRM siasat kes pencerobohan tanah haram Raub

Kamaruzaman Mohamad
Kamaruzaman Mohamad
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pas menggesa polis menyiasat secara menyeluruh individu dan organisasi terlibat dalam kes pencerobohan tanah kerajaan negeri di Raub, Pahang.

Ketua Penerangannya, Kamaruzaman Mohamad berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu melakukan kerana jumlah keluasan hutan diceroboh ialah 4,400 hektar.

Beliau juga menyifatkan tindakan pihak yang membela penceroboh sebagai memalukan dan dianggap mengambil kesempatan untuk 'mengisi periuk nasi sendiri' di dalam isu ini.

"Pas menyokong ketegasan kerajaan negeri Pahang melakukan operasi pemutihan tanah haram di seluruh negeri itu dan denda kepada peneroka haram dilihat sebagai usaha bagi membanteras kegiatan pencerobohan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kerajaan berhak saman penceroboh'

Polis terima 9 laporan pengusaha kebun haram di Raub

"Pas berharap pihak berkuasa melaksanakan siasatan dengan adil terhadap semua pihak dan diberikan hukuman setimpal jika sabit kesalahan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jumaat lalu, media melaporkan 111 pekebun durian yang meneroka tanah kerajaan negeri berjaya mendapat Perintah Pergantungan Sementara terhadap notis pengosongan tanah kebun dan pajakan mereka di beberapa lokasi sekitar Raub, Pahang.

Artikel Berkaitan:

Peguam, Siew Choon Jern, yang mewakili kumpulan pekebun itu berkata, perintah berkenaan dikeluarkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Zainal Azman Ab Aziz selepas mendengar hujahan daripada pemohon dan wakil responden berhubung tuntutan itu.