Lelaki gelang putih dikesan keluar lebih 10 jam

Kawalan keselamatan akan diperketatkan jika penduduk ingkar arahan ditetapkan.
Kawalan keselamatan akan diperketatkan jika penduduk ingkar arahan ditetapkan.
A
A
A

SUNGAI PETANI - [DIKEMAS KINI] Siasatan lanjut akan dijalankan ke atas seorang lelaki yang dikesan mengambil kesempatan keluar melebihi 10 jam dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Ambangan Heights semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, lelaki yang memakai gelang warna putih dipercayai ketua keluarga itu, memberi alasan mendapatkan bekalan makanan di kawasan berdekatan.

"Hari ini (semalam) kita mengesan seorang lelaki memakai gelang putih yang keluar dari pagi dan pulang ke ke kawasan PKPD ketika malam.

"Perkara ini mesti dihentikan. Jika tidak, kawalan keselamatan akan diperketatkan lagi di kawasan terbabit.

"Kebenaran keluar telah diberi kepada pemilik gelang putih hanya sekali sehari dalam tempoh satu jam sahaja untuk keluar bagi mendapatkan barangan keperluan, itu pun hanya dalam kawasan PKPD terbabit," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Adzli Abu Shah
Adzli Abu Shah

Menurut Adzli, lelaki tersebut dibebaskan dengan jaminan polis tetapi kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu katanya, polis mengesan ada di antara pemakai gelang putih masih keluar rumah selepas jam 8 malam walaupun sudah diberi amaran kerana kedai juga telah sudah ditutup pada waktu itu.

Artikel Berkaitan:

Adzli turut memberitahu, khidmat penghantar makanan juga tidak dibenarkan ke kawasan PKPD kerana dilihat sudah tidak terkawal dan boleh mengakibatkan risiko menularkan penyakit.

"Bagaimanapun, penghantaran barangan keperluan seperti gas memasak dibenarkan," katanya.