X

Kindly register in order to view this article
!

Maqis rampas 63 tan makanan ikan dari Oman

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor merampas 63 tan makanan ikan yang diimport dari Oman di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang pada Jumaat lepas.

Pengarah Maqis Selangor, Dr Tarmisal Alimin berkata, makanan ikan dianggarkan bernilai RM240,000 itu dirampas hasil pemeriksaan rutin ke atas dua kontena yang dilakukan kira-kira jam 11 pagi.

“Dua jenis makanan ikan itu dibawa masuk tanpa permit import Maqis yang sah. Kontena berkenaan disita dan disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

“Jika disabit kesalahan, pengimport boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tarmisal berkata, Maqis sentiasa memastikan pemeriksaan ke atas setiap keluaran pertanian yang diimport ke negara ini dilakukan dengan cekap dan teliti bagi menjamin ia tidak membawa sebarang serangga perosak atau penyakit serta mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!