Tujuh premis ditutup, dikompaun gagal patuhi SOP

Sebuah kedai makanan dikenakan kompaun dan ditutup kerana tidak mengikuti SOP di Pantai Awam Jason Bay, Kuala Sedili, Kota Tinggi kelmarin.
Sebuah kedai makanan dikenakan kompaun dan ditutup kerana tidak mengikuti SOP di Pantai Awam Jason Bay, Kuala Sedili, Kota Tinggi kelmarin.
A
A
A

KOTA TINGGI - Sebanyak tujuh buah kedai makanan dikenakan kompaun kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penyebaran pandemik koronavirus (Covid-19) ketika berniaga di Pantai Awam Jason Bay, Kuala Sedili di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, operasi pada jam 4 petang itu mendapati pengusaha premis tidak menyediakan kawalan pintu keluar masuk premis, tiada saringan suhu pekerja dan pelanggan serta tiada rekod buku disinfeksi premis.

"Pemeriksaan lanjut juga mendapati orang ramai tidak mengamalkan penjarakan sosial dalam premis terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebuah kedai makanan dikenakan kompaun dan ditutup kerana tidak mengikuti SOP di Pantai Awam Jason Bay, Kuala Sedili, Kota Tinggi kelmarin.
Sebuah kedai makanan dikenakan kompaun dan ditutup kerana tidak mengikuti SOP di Pantai Awam Jason Bay, Kuala Sedili, Kota Tinggi kelmarin.

Beliau berkata, kesemua premis berkenaan diarahkan ditutup di bawah Seksyen 18(1)(f) Akta 342 selain dikenakan kompaun RM1,000.

"Polis Kota Tinggi turut memberi amaran keras dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengusaha premis yang melanggar SOP ditetapkan bagi mencegah penularan wabak Covid-19," katanya.

Artikel Berkaitan: