Rais pelawa beri pandangan kesan bukan bumiputera sertai Bersatu

Ciapan Twitter Rais Yatim
Ciapan Twitter Rais Yatim
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Senator Tan Sri Dr Rais Yatim hari ini mempelawa umum memberi pandangan berhubung kesan penyertaan kaum lain ke dalam parti itu.

Pelawaan itu dibuat menerusi ciapan di Twitter beliau susulan kesediaan Bersatu meminda Perlembagaan parti bagi membolehkan penyertaan kaum lain termasuk untuk memegang jawatan dalam parti tersebut.

"Rakan-rakan Twitter dipelawa menyampaikan kepada saya, apa-apa pandangan berhubung isu buruk baiknya warga bukan bumi (Bumiputera) berada dalam parti Bersatu sebagai sayap bersekutu dengan hayaraki khas supaya dapat bersama merealisasikan perjuangan muhibah kaum menerusi saluran parti yang sama," tulis beliau.

ARTIKEL BERKAITAN: Bersatu sedia pinda Perlembagaan benarkan penyertaan kaum lain

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu mengumumkan Bersatu sedia meminda perlembagaan sebagai mengalu-alukan penyertaan kaum lain sebagai ahli bersekutu untuk turut sama dalam perjuangan parti.

Langkah itu juga nanti turut membenarkan ahli bersekutu terbabit memegang jawatan dalam parti.

Cadangan tersebut akan dibentangkan jawatankuasa khas diketuai Rais untuk dipersetujui bersama di peringkat MPT.

Kemudiannya, satu perhimpunan agung luar biasa akan diadakan bagi meminda Perlembagaan Bersatu sekiranya cadangan tersebut telah dipersetujui.

Artikel Berkaitan: