Jerman ekstradisi pembunuh 'lelaki laser' ke Sweden

John Ausonius
John Ausonius
A
A
A

BERLIN - JERMAN. Pihak berkuasa Jerman semalam berkata ia sudah mengekstradisi pembunuh yang dikenali sebagai 'lelaki laser' kerana menggunakan senapang dengan skop tepat untuk menembak pendatang.

Pendakwa raya Frankfurt, Nadja Niesen berkata, John Ausonius telah diekstradisi ke Sweden pada Khamis.

Ausonius, warga Sweden berusia 65 tahun, didapati bersalah berhubung pembunuhan di kedua-dua negara, baru-baru ini menerima hukuman penjara seumur hidup di Jerman pada Februari tahun lalu selepas rayuan pada November.

Sebelum ini, dia sudah menjalani hukuman penjara seumur hidup di Sweden selepas didapati bersalah terlibat beberapa siri kejadian tembakan pada1991-92.

Dengan menggunakan senapang laser, Ausonius menembak mati lelaki Iran berusia 34 tahun dan mencederakan 10 orang lain dari beberapa negara termasuk Brazil, Greece, Syria dan Zimbabwe.

Ausonius, yang kini menerima hukuman penjara seumur hidup di dua negara, dianggap hampir pasti menghabiskan sisa hayatnya tanpa parol. - AFP

Artikel Berkaitan: