Sudan: Perang yang dilupakan dunia

Pemandangan luas penempatan sementara di Tawila, Darfur Utara, yang dipenuhi khemah dan kediaman sementara. Sumber Agensi
Pemandangan luas penempatan sementara di Tawila, Darfur Utara, yang dipenuhi khemah dan kediaman sementara. Sumber Agensi
A
A
A

TIGA tahun konflik bersenjata di Sudan telah mengubah kehidupan jutaan penduduk menjadi perjuangan untuk terus hidup.

Rumah musnah, keluarga terpisah dan kampung halaman terpaksa ditinggalkan apabila pertempuran antara tentera Sudan (SAF) dengan kumpulan separa tentera Pasukan Sokongan Pantas (RSF) terus meragut nyawa serta memusnahkan kemudahan asas.

Sebuah keluarga Sudan tiba di Adré, Chad, dengan menaiki kereta kuda bersama barangan peribadi.
Sebuah keluarga Sudan tiba di Adré, Chad, dengan menaiki kereta kuda bersama barangan peribadi.

Darfur antara wilayah paling teruk terjejas, menyaksikan penduduk melarikan diri dalam keadaan serba kekurangan demi mencari perlindungan.

Di sebalik angka jutaan penduduk yang kehilangan tempat tinggal, tersimpan kisah manusia yang jarang mendapat perhatian dunia.

Penduduk pelarian berhimpun ketika pengagihan bantuan makanan di kem pelarian di timur Chad.
Penduduk pelarian berhimpun ketika pengagihan bantuan makanan di kem pelarian di timur Chad.

Wanita mendukung anak kecil merentasi sempadan, kanak-kanak membesar dalam khemah pelarian manakala keluarga terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan air bersih dan bekalan makanan.

Artikel Berkaitan:

Wanita dan kanak-kanak menunggu di tempat pengambilan air di kem Oure Cassoni, Chad.
Wanita dan kanak-kanak menunggu di tempat pengambilan air di kem Oure Cassoni, Chad.

Di seberang sempadan, wilayah Chad menjadi tempat perlindungan sementara buat ribuan keluarga Sudan yang terpaksa meninggalkan segala-galanya demi keselamatan.

Kanak-kanak dan wanita membawa barangan ketika tiba di kawasan kem pelarian di Chad.
Kanak-kanak dan wanita membawa barangan ketika tiba di kawasan kem pelarian di Chad.

Ketika perhatian antarabangsa silih berganti tertumpu kepada pelbagai krisis geopolitik, penderitaan rakyat Sudan masih berterusan tanpa kepastian penghujungnya.

Keluarga pelarian berlindung di bawah khemah sementara di kawasan Adré, berhampiran sempadan Sudan-Chad.
Keluarga pelarian berlindung di bawah khemah sementara di kawasan Adré, berhampiran sempadan Sudan-Chad.

Foto esei ini merakam sisi kemanusiaan di sebalik konflik yang berpanjangan.

Wanita dan kanak-kanak merentasi kawasan berpasir sambil membawa barangan yang masih mampu diselamatkan.
Wanita dan kanak-kanak merentasi kawasan berpasir sambil membawa barangan yang masih mampu diselamatkan.

Wajah-wajah yang kehilangan tempat bergantung, kehidupan yang dibina semula dalam serba kekurangan dan harapan kecil untuk kembali menikmati keamanan.

Pelarian Sudan termasuk wanita dan kanak-kanak menunggu urusan pemprosesan di sempadan Adré.
Pelarian Sudan termasuk wanita dan kanak-kanak menunggu urusan pemprosesan di sempadan Adré.

Ini bukan sekadar kisah peperangan, tetapi tentang manusia yang sedang berjuang agar tidak dilupakan dunia.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!